Rezeki
Malam semalam punya semalam, lepas isyak.. Gigihkan diri *(tapi yang sebetulnya) paksa diri baca Al-Quran-surah yang selepas surah Yassin tu. Baca sampai habis surah. Hampir sepuluh muka surat jugak lah.
Sebab haritu dok scroll twitter nampak ada seorang hamba ni dok pos kat twitter dia-calculate pasal jumlah mukasurat al quran untuk khatam dalam setahun. So bila aku nampak tu, aku screenshot sambil tu niat dalam hati. "Aku pun nak jugak! Dah lama tak khatam."
Pastu dah lepas solat isyak dan baca Quran. Tengok kdrama kejap. Tak lama pun, lepas tu rasa mengantuk. Cuci muka, pakai skincare-pastu bukak youtube. Ingat nak try yang lucid dreaming tu but end up tertidur sambil dengar pasal INFP.
Nak cakap pasal semalam (sabtu) pulak, niat hati malas keluar-tapi sebab dah janji dengan maksu nak bawak adik keluar, aku takde alasan nak bagi. Like, the real reasons. Seriously aku taknak menipu. And then, maksu yang cancel plans sebab maksu rasa letih sebab dia period.
Okaylah. Aku terfikir.
"Tuhan maha mengetahui. Tuhan maha mendengar." Dia tahu apa yang aku mahu. Kalau dia benarkan, maka kun fayakun.
"Tuhan maha mengetahui. Tuhan maha mendengar." Dia tahu apa yang aku mahu. Kalau dia benarkan, maka kun fayakun.
Bila tak jadi keluar tu, Yarai pulak whatsapp. Die kata nak order sambal 5 bekas. Alhamdulillahhh instead of keluar harini, duduk rumah. Aku dapat buat duit. Then, Wan pulak mesej kate nk order sambal. Alhamdulillahhhh
Comments
Post a Comment