Aku yang makin jauh

Bila aku nampak seseorang, dan andainya 'seseorang' itu adalah kau dan kau adalah someone yang tak sepatutnya ambil berat pasal aku, kisah pasal aku. Waktu tu kau akan nampak, perlahan-lahan aku mula jauh dari kau. Aku akan jarakkan diri aku dari kau.

Sebab?
Kalau aku bagitahu 'sebab' nya, kau rasa kau boleh terima? Terima sebab yang aku nyatakan tanpa berbahas apa-apa lagi. Tanpa pangkah halang segala kata aku.

Sebabnya. Aku tak rasa aku layak untuk semua tu. Aku akan cadangkan pada kau untuk cari seseorang yang boleh balas semua tu sebab aku tak mampu nak balas jasa.

Risau juga andai satu hari, jasa itu diungkit semua dibaling semula pada aku terpinga-pinga tanpa kata

Dan kerana itu, aku lebih memilih untuk tidak menerima apa-apa daripada sesiapa.
Aku tahu. Kerana aku sendiri punya kisah lama begitu yang buat aku untuk tak lagi percaya pada manusia

Comments

Popular Posts