Sihat tak?

Bila orang tanye
"Sihat tak?"

Aku akan jawab. Sihat je.
Fizikal aku sihat setakat ni insha allah. Yang tak sihat sekarang, mental aku. Sakit sangat. Sakit. Aku tak okay.

Sampai selalu aku rasa aku macam dah tak boleh nak bernafas sendiri. Aku still fikir, kenapa aku still hidup sampai harini. Kenapa aku still bernafas. Kenapa aku tak akhirkan saja nyawa aku kalau aku betul-betul 'tak larat' ?

Tapi nasib baik aku fikir, aku masih ada Allah lagi. Aku tak boleh give up!

Peritt, bila kau perlukan seseorang untuk luahkan semua. Seseorang untuk dengarkan semua tapi tak boleh. Sebab masalahnya sekarang, pasal keluarga. Keluarga aku. Takkan aku nak cerita bad stuff pasal family aku dekat orang lain semata-mata nak legakan hati sendiri?

Dari cuba untuk aibkan diorang, aku cuba simpan. Aku ada amanah tuhan yang perlu aku jaga. Inilah namanya perang dunia moden.

Macam mana kita cuba survive tanpa libatkan orang lain. Aku rela diam tak bercakap banyak yang buruk pasal diorang. Sebab tu bila orang duk tanye pasal private life aku, pasal family aku. Aku prefer untuk tak bercakap langsung pasal diorang. Sebab aku takut kalau-kalau terlepas cakap perkara yang tak sepatutnya. Lagi satu aku tak suka cerita pasal diorang, sebab semua yang aku ingat pasal diorang cuma yang perit.

Yang buat mental aku hancur sampai sekarang.

Aku tahu, Allah bagi ujian begini untuk aku lagi dekat dengan DIA. Untuk aku jadi lebih kuat lebih tabah. Kalau Allah tak sayang, DIA biarkan je aku tersepit jadi orang yang sesat tanpa arah.

Selalu aku fikir..
Diorang yang seksa mental aku atau aku yang seksa mental aku sendiri. And at the end, aku cakap kat diri sendiri. Aku yang salah. Bukan diorang.

Aku tersepit. Aku taknak jadi hamba allah yang tak tahu bersyukur, anak yang derhaka tak kenang budi.

Diorang harta allah yang dipinjamkan pada aku. Sakit mana pun yang aku rasa, aku tetap akan jaga apa yang sepatutnya.

Lagipun aku tak mampu nak salahkan sesiapa. Aku cuma ada diri aku sendiri untuk dipersalahkan.

Comments

Popular Posts