Terpaksa diruntuhkan

Harap dapat capai impian tanpa dicemuh sesiapa. Hari kedua dalam tahun 2018. Got hilarious nightmares malam tadi.

Aku terlampau risaukan abah yang bila nak solat, bila nak jadi ketua keluarga yang betul, bila nak jadi imam solat kami, pimpin tangan kami masuk syurga nanti. Hari-hari aku berdoa, supaya Allah ampunkan dosa abah.

Memang abah solat jumaat, abah tolong orang tapi semua tu tak cukup nak tolong dia kat akhirat nanti kalau tak buat benda wajib jugak.

Makin tinggi level stress aku. Makin risau aku dengan kiamat. Sampai terbawak dalam mimpi, surau dalam kawasan perumahan rumah ni yang abah & jiran tetangga dibina secara bergotong-royong waktu mula-mula perumahan ni dibuka dulu, terpaksa diruntuhkan.

Aku tak tahu kenapa?

Mungkin sebelum tidur, aku terfikir yang

"aku berharap surau yang abah tolong bina dengan jiran tetangga dulu, dapat tolong abah dekat akhirat nanti"

Bila benda tu masuk dalam mimpi, buat aku terjaga. Buat aku terus berfikir yang tenaga abah curahkan waktu nak bina surau tu juga tak cukup untuk bela dia kat akhirat nanti. Macam, tak boleh bergantung sepenuhnya pada surau tu untuk peroleh pahala syurga akhirat nanti

Wallahualam. Mainan tidur kan.
Aku harap, abah dapat imamkan solat kami suatu hari nanti.

Comments

Popular Posts