Melancholy



Waktu menangis sorang-sorang, teresak-esak, kurang daya oksigen, sukar bernafas. Kabur penglihatan dengan air mata yang bertakung kemudian berderai. Ada yang turun jatuh ke lantai, ada juga yang turun perlahan mengalir di pipi.

Setengah jam berlalu.
Tangisan aku masih juga tak mahu berhenti. Air mata aku masih lagi mengalir deras.

Aku perlukan seseorang untuk tenangkan aku waktu tu. Jauh di sudut hati aku, aku perlukan seseorang untuk aku ada dalam pelukan mereka. Aku mahu dengar kata-kata dari hati mereka.

"Its okay. You'll be fine."
"It's okay. Jangan risau, aku ada."
"Tak apa. Aku percayakan kau."


Tapi aku tahu. Semua yang aku mahu dengar itu hanya boleh menenangkan aku sementara, dan tak lama selepas itu aku akan kembali seperti yang sebelumnya

Sejam berlalu.
Untuk mengelakkan esakan tangsisan aku didengari yang lain, mulut aku tutup dengan tuala juga tangan. Berharap ianya akan berhenti tapi, semakin pedih rasa di hati. Ya, terasa yang aku menangis berseorangan walaupun ramai manusia dalam rumah ni. Tapi--



Entah berapa lama berapa kali jarum jam membuat pusingan melintasi nombor 12

Aku dah tak mampu untuk mengira mengejar masa yang berlari lagi.
Aku biarkan.
Pedih di hati ni tak hilang lagi.
Pada masa yang sama, aku pujuk hati tenangkan diri sambil berdoa pada Allah.
"Kalau ini sebagai salah satu penghapus dosa-dosa aku, tak apa. Aku masih boleh bertahan lagi."
Sambil mengelap air mata aku di lengan baju pemberian Ekin.



Entah berapa lama masa yang dah berlalu, tunuh aku lemah longlai. Aku dapat rasa yang mata aku semakin terasa bahangnya. Tiada lagi air mata yang keluar mahupun bertakung. Kering. Nafas dan dada aku masih berombak lagi. Tapi kali ni semakin extreme cuba menegur kecewa aku lagi. Nampaknya akan ada tanda-tanda air mata akan keluar membasahi kelopak lagi.
Aku tarik nafas sedalam mungkin sambil memujuk sabar.

Tolong aku Ya Tuhan

Comments

Popular Posts